Adakah Kaki Perempuan Itu Aurat

Bab : Wanita

Soalan : Ustaz, adakah kaki perempuan adalah aurat ? 


Jawapan : Seperti mana yang semua orang tahu aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi seperti berikut :

"Ummu Salamah pernah bertanya kepada Rasulullah, "Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian dan tudung labuh sekiranya dia tidak mempunyai sarung ?" Rasulullah menjawab, "Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya" 

(Abu Daud)

No comments:

Post a Comment