1. Laksana malaikat yang mulia, suka berbuat baik kepada insan lain iaitu seseorang yang berusaha menunaikan hajat orang lain dengan cara penuh kasih sayang dan lemah lembut dan sentiasa melakukan perkara yang dapat menggembirakan hati mereka.
2. Laksana binatang dan benda keras iaitu seseorang yang tidak memberi kebaikan kepada orang lain dan tidak pula menolak sebarang perkara yang menyakiti mereka.
3. Laksana kala jengking, ular dan binatang buas iaitu seseorang yang tidak diharapkan kebaikannya dan dijauhi kejahatannya.
Oleh itu, jika engkau tidak mamou mencapat darjat malaikat maka janganlah engkau menjadi lebih rendah daripada darjat binatang dan benda-benda keras iaitu turun kepada hajat kala jengking, ular dan binatang buas yang suka menyakitkan orang lain. Jadi jikalau engkau redha bagi dirimu untuk berada di bawah daripada darjat "A'la Illiyyin" (darjat yang paling tinggi daripada yang tinggi) maka janganlah engkau redha dirimu dengan darjat "Asfala Safilin" (darjat yang lebih rendah daripada yang rendah) dan jikalau engkau tidak mampu melakukan perkara yang menguntungkan maka janganlah engkau melakukan perkara yang merugikan.
No comments:
Post a Comment