Adab Berdoa


1. Hendaklah doa dimulakan dengan memuji Allah SWT dan berselawat kepada Nabi SAW.

2. Hendaklah memperbanyakkan berdoa ketika waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat atau pada sepertiga malam.

3. Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika dalam peperangan memperjuangkan agama Allah, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, antara azan dan iqamat, ketika sedang sujud, ketika hati sedang tenang dan lapang serta bersih daripada gangguan syaitan.

4. Hendaklah ketika berdoa itu menghadap kiblat dengan mengangkat kedua belah tangan serta menyapu kedua belah tangan ke muka setelah selesai berdoa.

5. Berdoa dengan penuh rasa rendah diri, khusyuk, penuh harapan serta merasakan kebesaran dan kehebatan Allah SWT di dalam hati dan merendahkan suara.

6. Berkeyakinan dan meneguhkan harapan bahawa doa itu akan dikabulkan oleh Allah SWT.

7. Hendaklah bersungguh-sungguh dalam berdoa. Sebaiknya doa diulang-ulang tiga kali (3).

8. Menjaga adab batin iaitu segera bertaubat dan menghindarkan diri daripada perbuatan zalim serta bersungguh-sungguh menumpukan perhatian ke hadrat Allah SWT.

9. Suci daripada hadas besar dan hadas kecil ketika berdoa dan sentiasa ikhlas berdoa.

10. Jangan berdoa untuk perkara-perkara maksiat (Haram) atau memutuskan tali silaturahim.

11. Akhiri doa dengan berselawat kepada Nabi SAW.

“Doa itu adalah otak ibadah” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).

No comments:

Post a Comment