Hukum Menonton Video Lucah Bagi Mengelakkan Zina

Bab : Halal Dan Haram

Soalan : Ustaz, adakah seseorang itu boleh menonton video lucah bagi mengelakkan daripada berzina sebab ada kawan saya beritahu cara ini berkesan ?



Jawapan : Hukumnya haram. Nafsu tidak boleh dikawal dengan nafsu. Cara mengawal nafsu itu adalah dengan beragama. Kembalilah kepada agama kerana itu adalah yang terbaik untuk kita kerana Nabi mengingatkan kita seperti berikut : 

"Wahai orang-orang muda, barang siapa yang berkuasa antara kamu bagi berkahwin, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu melembutkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sesiapa yang tidak mampu, kerjakanlah puasa kerana puasa itu boleh melembutkan syahwat" 

(Imam Bukhari)

Jelas bahawa berkahwin adalah jalan terbaik bagi mengelakkan zina. Sekiranya kita tidak mampu berkahwin, makan kita perlu berpuasa bagi mengawal hawa nafsu itu.

No comments:

Post a Comment