7 Cara Nak Jadi Jutawan

Apa perasaan anda bila terbaca atau mengetahui kisah orang kaya atau jutawan ? Tentu anda pun ingin menjadi seperti mereka bukan ? Jangan risau, kami ada petua untuk anda mencapai cita-cita anda.


1. Tukarkan duit anda dari RM kepada rupiah. RM1 bersamaan dengan 16,000 rupiah. Kalau RM100 sudah jadi berapa pak ? Waduh ! Bisa jadi kaya gua.

2. Amalkan sifat kedekut. Kira betul-betul ketika berbelanja. Jangan bazirkan walau satu sen pun. Jangan bersedekah atau berderma. Zakat perniagaan pun kalau boleh minta diskaun atau dikecualikan terus atau buat-buat lupa. Kalau begini, jangan haraplah nak kaya bila Allah dan tak redha.

3. Berjimat-cermat. Berbelanja apa yang perlu saja. Perabot rumah atau barang perhiasan usah dibeli. Kereta pun tak payah, jalan kaki. Makan pun kalau perlu hendaklah dicatu, tapi jangan sampai anak isteri kebuluran membawa mati.

4. Saman suratkhabar. Panggil wartawan, buat kenyataan supaya dimanipulate. Kemudian sama RM180 juta. Kalau menang gerenti jadi jutawan punya.

5. Man nombor ekor atau judi. Ini pun praktikal juga. Tapi setakat ni tak pernah dengar pun orang jadi jutawan hasil main nombor. Jadi mayat adalah, bila eksiden akibat naik kereta yang dibeli dengan duit nombor ekor.

6. Makan rasuah. Jadikan rasuah sebagai makanan tambahan disamping nasi dengan makanan asasi. Lagi besar nilai suapan, lagi cepatlah jadi jutawan. Silap haribulan jadi banduan. Akhirat nanti terimalah hukuman.

7. Amalkan cukup dengan apa yang ada. InsyaAllah akan jadi kaya sebab anda tak perlu meminta-minta. Dalam Islam Qanaah namanya.

No comments:

Post a Comment