Tips Berkenalan

Ada sesetengah orang tu macam susah sangat memulakan dan mengekalkan sesuatu hubungan dengan kenalan baru. Jika korang salah seorang daripadanya, tips yang di bawah ini mungkin besar manfaatnya buat korang.



1. Terlalu Pemurah : Bersifat pemurah sememangnya disukai oleh sesiapa pun tapi kalau first time dating terus offer untuk menyara hidupnya, tentu dia fikir ada sesuatu yang tak kena pada korang.

2. Jangan Tanya Berulangkali : Kalau nama pun korang asyik tanya berulangkali dalam tempoh sejam, jawabnya dalam tempoh sejam tu jela hubungan boleh bertahan. Cuba la tanya soalan lain kalau boleh seperti "tinggal di mana?" "Warna kegemaran apa?" "Belajar di mana?"

3. Jangan Terlalu Jujur : Jujur itu penting tapi kalau terlalu jujur hingga mengaku ada kurap di celah peha atau di badan tak ke mana la hubungan tu jawabnya. Cubalah janganlah menceritakan aib diri sendiri kepada orang lain.

4. Gelojoh : Jangan tunjuk korang dah terdesak sangat walaupun memang dah terdesak. Lebih-lebih baru kenal nama terus ajak kahwin. Sebaliknya cuba la berkenalan terlebih dahulu. Take time first.

5. Terlalu Pemalu : Nak berjumpa malu, nak bercakap pun malu, nak berSMS pun malu. Kalau dah macam tu, tak payahlah nak berkenalan. Cuba beranikan diri. Confirm orang akan suka kalau orang itu berani.


6. Terlalu Berahsia : Ini pun satu lagi penyakit. Kalau tanya dah makan ke belum pun nak berahsia jugak, jawabnya sampai bila-bila status kekal rahsia. Cubalah kongsi sedikit mana-mana yang boleh dikongsi. Barulah hubungan tu insyaAllah kekal.

7. Kritik Secara Terbuka : Kalau korang tak suka makan tempe sekalipun, jangan ringan mulut mengkritik kerana mungkin itulah kali pertama dan terakhir korang dapat makan bersamanya. Bedal je apa yang ada Hehe

Di bawah ini kami selitkan beberapa hadis mengenai persahabatan :


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

No comments:

Post a Comment