Rasanya semua peringkat usia pernah dan masih menonton siri-siri Ultraman sejak tahun 60-an sehinggalah ke hari ini. Macam-macam siri Ultraman diterbitkan oleh produksi Jepun. Antaranya Ultraman Ace, Ultraman 7, Ultraman Tiga dan macam-macam lagi. Tapi, sejak dari dulu sampai sekarang, Ultraman ini macam tak berevolusi je. Mengarut je yang banyak.
1. Kostum Ultraman dari dulu sampai sekarang nampak sangat pakai sarung dengan zip kat belakang badan.
2. Masih lagi menggunakan lampu tolok tenaga yang akan berkelip bila hampir lemah. Secara tak lansung menunjukkan kelemahan diri sendiri kepada raksasa.
3. Walaupun teknologi Jepun amat canggih, tapi Ultraman masih tiada senjata seperti kebanyakan superhero Amerika.
4. Raksasa tak pernahnya habis. Yang peliknya hanya turun menyerang kat Jepun je. Tak pernah sesat ke China atau Korea bahkan Malaysia juga.
5. Setiap kali bergaduh dengan raksasa mesti banyak kemusnahan bangunan tetapi tiada pula orang awam yang mati.
6. Sama ada Ultraman ni bisu atau tidak, susah untuk dipastikan kerana tak pernah pun beliau bercakap.
7. Wajah lansung tiada emosi. Senyum tak pernah, berkerut pun tidak ketika teruk dibelasah oleh raksasa.
8. Bila berhadapan dengan raksasa mesti nak bergaduh dulu. Padahal dari awal lagi dah boleh fire untuk mengalahkan raksasa.
Antara favourite part :
No comments:
Post a Comment