Petanda Nak Kantoi Exam

Bukan ramalan atau tilik nasib, tapi sesuatu yang bakal berlaku itu ada petandanya. Contohnya kalau awan mendung, mungki hujan akan turun. Begitu juga dengan 'exam', memang ada petandanya akan kantoi.


1. Pelajar lain sibuk ulang kaji di rumah, tapi dia dok sibuk merempit di jalan raya.

2. Sepanjang waktu exam, mata lebih banyak menjeling ke meja rakan di kiri dan kanan daripada cuba menjawab sendiri.

3. Lansung tak tau exam sedang berlansung ketika asyik melayan video game kat rumah.

4. Esok nak kelam kabut nak cari segala nota-nota dan baca semua buku serta hafal segala formula.

5. Lebih percayakan IQ bomoh daripada IQ sendiri dengan memakai tangkal-tangkal- dan meminum bergelen air jampi.

6. Mata lebih banyak pejam daripada celik ketika menjawab soalan peperiksaan.

Haa ? Ada tak ciri-ciri ni dekat korang ? Jauhkan kalau tak mahu gagal. Semoga berjaya !



No comments:

Post a Comment