Amalan menghisap rokok adalah tidak baik dan boleh menyebabkan ia sebati dan menjadi darah daging dalam diri seseorang. Apabila ia berlaku, agak sukar untuk menghentikannya. Ramai yang telah mencuba untuk menghentikan tabiat ini, namun tidak berjaya. Ia memerlukan satu tekad yang kuat barulah tabiat ini dapat dihentikan. Bagi yang ingin mencuba, berikut adalah beberapa panduan yang boleh diikuti untuk berhenti merokok.
1. Bersiap sedia untuk berhenti. Anda tidak perlu berhenti serta-merta tetapi cuba tetapkan tarikh untuk berhenti. Pilih waktu di mana anda tidak mengalami banyak tekanan dalam hidup. Buang bekas abu rokok, pemetik api dan yang berkaitan sebelum mula untuk berhenti. Jangan benarkan orang lain merokok di rumah anda.
2. Ubah rutin anda. Sebagai contoh, jika sebelum ini anda akan merokok selepas makan, kini lakukan aktiviti lain seperti bersiar-siar.
3. Ambil ubat jika perlu. Ia boleh membantu meredakan rasa ketagihan dan tekanan. Anda boleh mengambil gula-gula getah bernakotin, lozengers atau patch tanpa preskripsi. Anda juga boleh menggunakan produk pengganti nakotin atau ubat mampu melipat gandakan peluang anda untuk berhenti merokok.
4. Dapatkan sokongan. Meminta bantuan contohnya melalui program berhenti merokok yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dapatkan juga kaunseling daripada doktor, jururawat atau terapi.
5. Sebaik saja berhenti merokok, komited dengan keputusan tersebut ! Jangan mengambil produk tembakau sama sekali biarpun sekadar sebatang rokok kerana ia tidak membantu lansung, sebaliknya menyukarkan lagi keadaan.
6. Berdoa dan Berusaha. Jika anda sekadar berusaha tetapi tidak berdoa kepadaNya bagaimana anda hendak berjaya ? Begitu juga jika anda sekadar berdoa tetapi tidak berusaha juga tidak akan berjaya berhenti merokok. Berdoalah kepada Dia agar permudahkan anda untuk berhenti dari menghisap rokok. Moga-moga doa anda akan termakbul, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment