Apabila bertamu ke rumah jiran atau kenalan, sudah menjadi satu kebiasaan kita dihidangkan makanan apabila tiba waktu makan. Justeru itu apabila makan sebagai tetamu khususnya di rumah kenalan baru, ada baiknya kita tahu adab makan sebagai tetamu.
1. Sebaiknya jangan terus sahut pelawaan tuan rumah kerana mungkin mereka sekadar ajak-ajak ayam.
2. Jangan terus makan apabila menghadap makanan, tunggu dulu kalau-kalau tuan rumah nak baca doa makan.
3. Jangan jujur sangat memberi ulasan apabila tuan rumah meminta komen tentang makanan yang disediakan.
4. Sebaiknya menambah agar tuan puas hati tapi jangan pulak menambah sampai tak cukup nasi seperiuk.
5. Jangan berhenti makan terlalu cepat tapi jangan pulak sampai tuan rumah mengantuk tunggu kita habis makan.
6. Jika tuan rumah ramah mesra sekalipun jangan pulak nak memandai meminta buah pencuci mulut lepas makan.
7. Dan lepas makan jangan terus angkat kaki supaya tak nampak sangat korang datang cuma nak makan.
No comments:
Post a Comment