Tips Mengenali Telefon Tiruan

Sekarang ni macam-macam benda tiruan yang terjual kat pasaran kita. Pembuatannya cukup canggih hingga menyamai produk original. Kalau korang nak beli henpon dan tak nak terbeli henpon tiruan, tips di bawah ini berguna untuk korang perhatikan.



1. Henpon ori dilengkapi warranty atau surat jaminan dari pengeluar. Tapi henpon tiruan akan dapat jaminan dari penjual saja.

2. Abjad yang tertulis pada button henpon ori adalah huruf roman. Manakala abjad pada henpon tiruan lebih mirip tulisan sanskrit.

3. Nada dering henpon ori akan berbunyi panggilan atau SMS. Tapi henpon tiruan akan berdering ketika membuat panggilan dan menghantar SMS.

4. Lampu pada skrin henpon ori akan menyala apabila kekunci ditekan. Sebaliknya skrin henpon tiruan perlu ditekan baru menyala.

5. Jenama henpon ori ada diiklankan di TV. Tetapi henpon tiruan kalau ada pun cuma diiklankan di pasar malam.

6. Henpon ori diniagakan dalam matawang Ringgit Malaysia. Tapi henpon tiruan ni diniagakan dengan nilai sen-sen je.

7. Henpon ori dilengkapi dengan bateri dan aksesori percuma. Tapi henpon tiruan beli henpon satu dapat percuma satu.

8. Henpon ori dilengkapi dengan sistem SMS, MMS dan 3G. Sebaliknya henpon tiruan dengan sister SSM, SMM dan 3K.

9. Kredit henpon ori akan dipotong selepas menghantar SMS atau membuat panggilan. Tapi kredit pengguna henpon tiruan akan dipotong selepas menerima SMS atau panggilan.

10. Orang akan kagum melihat henpon baru korang yang ori. Tapi orang akan gelak-goleh bila tengok terbeli henpon tiruan yang baru.

Semoga saudara dan saudari dapat kenal pasti henpon yang dibeli ye.


No comments:

Post a Comment