Saya nak jadi soleh / solehah. Bagaimana?

Jujur, kami juga terlalu banyak kelemahannya tetapi sentiasa komited berusaha ke arah kebaikan. Untuk menjadi insan soleh / solehah, berikut saya kongsikan tipsnya. Moga bermanfaat buat diri saya dan rakan-rakan sekalian.




1- Dampingi orang soleh kerana dengan mengdampingi mereka, kita terdorong untuk melakukan amal soleh yang mereka lakukan.

2- Penuhi masa lapang dengan menuntut ilmu, mendengar tazkirah, membaca dan sebagainya. Jangan sia-siakan masa lapang dengan hal yang tidak berfaedah baik untuk urusan dunia mahupun akhirat kita.

3- Berusaha semaksima mungkin mengelakkan suasana yang mendorong kepada maksiat, seperti bergaul dengan ahli maksiat. Sekali dua mungkin kita dapat elak tetapi lambat laun kita akan terjebak kepadanya kerana hati kita terlalu lemah.

4- Berdoa kepada Allah dan ikhlaskan niat kepada-Nya. Insya-Allah niat dan hati yang luhur akan dipermudahkan-Nya menyusuri jalan-jalan dan segala sebab yang menuju kepada keredhaan-Nya.

5- Banyakkan berdoa agar diperteguhkan hati untuk tetap dalam islam dan iman. Sesungguhnya hati kita di antara jari-jemari-Nya. Boleh saja Dia sesatkan kita sekelip mata. Kita berlindung kepada-Nya dari hal yang demikian.

6- Akhir sekali, sila rujuk ayat berikut sebagai pembakar semangat:

1- Surah al-Kahfi, ayat 13.
"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah pertunjuk."

2- Surah Muhammad, ayat 17.
"Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima pertunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah pertunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa."

3- Surah Maryam, ayat 76.
"Dan Allah akan menambahi hidayah pertunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan pertunjuk dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya."

4- Surah al-Ankabut, ayat 69.
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya"

No comments:

Post a Comment