Kadang-kadang kita ni selalu terlepas cakap. Kita harus berfikir dulu sebelum kita bercakap dan mengambil tindakan.
1. Sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sesekali.
2. Sebelum kita mengeluh tentang rasa makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa-apa untuk dimakan.
3. Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
4. Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidup.
5. Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri anda, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada tuhan untuk diberikan teman hidup.
6. Sebelum kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
7. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
8. Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang terasa sempit, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
9. Sebelum kita mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunya pekerjaan seperti kita.
10. Sebelum kita menuding jari menyalahkan orang lain, fikirkanlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.
Renung-renungkan dan selamat beramal. Ingatlah, ayat ini "Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanyalah kepada Allah SWT" Barakallah :)
No comments:
Post a Comment