Banyak sebab hati kita tidak tenang dan bahagia. Antara sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya sifat mazmummah di dalam hati. Antara sifat mazmummah utama yang menghilangkan kebahagian hati itu adalah :
1. Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam - Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecilan.
3. Hasad Dengki - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu.
4. Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya.
5. Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.
6. Tidak Sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. Ego - Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.
8. Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang.
9. Cinta Dunia - Tidak dapat menderita dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.
Jadi bagaimana ? Anda ada ciri ciri seperti di atas ? Jauhkanlah wahai saudara dan saudari. Insyaallah hati akan menjadi bahagia. Barakallah :)
No comments:
Post a Comment