Tips Jogging

Assalamualaikum, untuk mendapatkan badan yang lansing, korang bukan sahaja kena diet melalui pemakanan tetapi korang boleh juga melakukan aktiviti seperti berjogging. Namun begitu, untuk berjogging ada beberapa tips yang korang kena ikut. 


1. Kasut - Jangan gunakan kasut tumit tinggi atau kasut pergi noreh getah tetapi gunakan kasut sukan.

2. Pakaian - Jangan berjogging menggunakan seluar jeans, skirt atau seluar slack tetapi gunalah pakaian sukan seperti seluar track dan T-shirt yang boleh menyerap peluh.

3. Lokasi - Jangan berjogging di kawasan yang banyak kereta. (takut mati katak) Tetapi pilihlah trek yang selesa dan kawasan yang berbukit.

4. Postur Tubuh - Jangan berjogging dalam keadaan bahu, pinggang dan kepala membongkok macam orang tiada tulang belakang sebaliknya dalam keadaan yang menegak macam askar berkawad.

5. Ketika Jogging - Jangan sebulan sekali berjogging. Sebaiknya hari-hari atau 3 kali seminggu. Jangan sesekali tergopoh-gapah. 

Barakallah !!

No comments:

Post a Comment